Monday 4 February 2013

Hanoi

Baru-baru ni gi Hanoi, Vietnam bukan sebab bercuti tapi sebab ada business meeting kat sana selama 5 hari. Sampai sana cuaca agak sejuk dalam 17 celcius. Nasib baik bawak baju tebal. Tak yah bawah baju winter, sweater or jacket pun okay. Kat airport jumpa other participants and naik transporation provided by hotel (Sofitel Metropole). From airport to hotel mengambil masa dalam 45 minit. Sampai je kat hotel and tengok keadaan sekeliling.

Hotel ni sangat classic and my room kat new wing, modern style. Semua pun luxury. Staff kat sana semua very friendly and very helpful. Cuma, kebanyakannya tak berapa paham english. Sebab meeting start the next day, so kitorang ada masa untuk jenjalan petang tu beli some gifts for our participants. Kitorang gi kat satu kedai ni and dapat harga yang bagus tapi nak kena duduk sana lama skit untuk adegan tawar menawar.

Wednesday 1 February 2012

London & Paris Trip

Emmm… teringat lagi trip gi London and Paris end of December 2010. Me and my sisters, Ana and Yati as well as our friends, Adi and Mamat. My sisters and i naik Qatar Airways sebab that time ada promotion, dalam RM2200 returns turun kat Gatwick airport. While our friends naik MAS sebab they can get staff price, murah katanya and turun kat Heathrow airport. Our meeting point kat Ibis hotel, near to Earls Court tube station. 

Senang aje, sampai je kat airport terus naik Easybus (booked online and cuma bawa printed ticket). Cuaca that morning memang sejuk and masa tu on the way to hotel still ada snow. Our bags memang besar sebab segala benda nak diangkut. Bukan takat baju, hairdryer, hair straightener, segala macam make-up, body lotion, iron (nak gosok tudung senang), roti, serunding and anything yang boleh diangkut (Macam ni lah orang pompuan).

Lepas sampai hotel, both our friends dah sampai dulu. Letak barang terus nak jenjalan. Semua tengah bersemangat wajar lah nak berjalan. Sampai aje kat Earls Court tube station, tetiba tak leh masuk. Apa kes. Hanginlah. Rupanya sebab that day 26 Dec, 1 day after Christmas, pekerja tube semua pakat strike tak mo keje. So, berjalan lah 5 of us and naik bas. Masa tunggu bas nak balik hotel, cuaca sejuk. My hand yang berbungkus rasa kebas abis duit syiling yang dipegang untuk naik bas bertaburan. Mana yang sempat je kutip balik, yang lain tu halal kan ajelah nampak gayanya. Bila bas sampai adegan tolak-menolak pun bermula. Adoi, dah lah kitorang ni kecik2, di himpin macam sardin daaa.. Sampai kat dalam bas, kitorang panic sebab takde tiket. Driver bas suruh turun balik, tapi memasing buat muka seposen and at last duit tambang kitorang bagi kat driver tu. Cuma kalau ada inspector bus, tanggung sendirilah. Nak ditambah trajis, rupa2 nya salah naik bas... Tapi dah tak jauh sangat ngan hotel. All of us decided turun bas and jalan kaki. Cuaca malam tu sejuk tahap gaban, badan and kaki memasing sakit sebab jalan jauh di tambah pulak perut yang macam ada rockers band dalam nya, Lapar. Stop jap minum dulu kat mana2, at last sampai gak kat hotel. Our friends collection makanan diorang banyak. Apa lagi, ketuk bilik diorang minta makanan. Hehe...Bila kenyang apa lagi trus lena.

Wednesday 25 January 2012

Jalan Jalan to Guangzhou

Last October me, sisters and friends gi jenjalan kat Guangzhou. Cuaca masa tu okaylah tak sejuk and tak terik sgt. Just nice. Sebab buat keputusan last minute coz Air Asia ada buat promotion and kaki ni dah tak sabar nak berjalan, so kitorang pun booked lah without check dulu masa tu kat China ni cuti ker tak. Masa tu tak silap diorang ada cuti National day. Pegi dalam 5 orang, sorang tambang lebih kurang  RM850 returns (bila dah add airport tax, seat, insurance and luggage).

Memandangkan my brothers ada kat sana, so tempat tinggal and transportation tidak menjadi masalah (itulah gunanya adik beradik.. hehe). So, biasalah Airasia sampai sana dalam pukul 12 pagi pastu ambik luggage semua dah nak pukul 1 and by the time sampai umah abang dah kul 2 (perjalanan ambil masa dalam 45 minute to 1 hour). Sebab semua dah mengantuk tahap cipan, letak barang and mandi trus ZZzzzzz.

First day kat Guangzhou rasa malas2 tapi our tour guide (adik) dah tunggu untuk aktiviti yang menjadi idaman semua, shopping!! Masalah dgn kitorang ni, asal jalan sikit nak minum coffee lah pastu nak makan ice creamlah. Sampai my sister in-law (she is Chinese from China) pun heran (masalahnya kitorang ni suka relax2 gitu). Setiap hari aktiviti yang sama shopping and makan.


Halal food kat Guangzhou tak susah nak cari, nak murah or mahal semua ada. Ada rasa yang biasa ajer but ada rasa yang pedas. Yang pasti, bila dah lapar masing-masing macam pirana. Lebih kurang ala ala iklan chips more... now u see, now u don't.

Nasib kitorang tak berapa baik sbb tak dapat naik canton tower and cruise kat pearl river. Bukan apa, harga ticket mahal coz public holiday. Lagipun, punyalah ramai orang. Sana cuti national day lama dalam 1 week and kebanyakan kedai wholesale tutup or barang yang kita nak takde stock. So, sebelum travel sana, make sure check holiday date diorang.